PANDUAN PERMOHONAN
PINJAMAN PERUMAHAN PERBENDAHARAAN
Sebelum mengisi Borang Permohonan, sila pastikan anda telah memenuhi syarat -syarat kelayakan pinjaman
dan menyertakan dokumen-dokumen yang perlu mengikut Senarai Semak Pinjaman.
1.
Terdapat tujuh (7) jenis pinjaman yang dibenarkan bagi Pinjaman Kedua mengikut
Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2011.
2.
Bayaran wang proses yang perlu dikemukakan bersama-sama Borang Permohonan ini ialah :
i. RM2.00 bagi setiap RM1,000.00 pinjaman bagi pinjaman kedua / ubahsuai dan kes pembatalan
pinjaman yang telah diluluskan, tertakluk kepada setiap ribu ringgit yang hampir;
3.
Hanya satu (1) set Borang Permohonan yang telah diisi dengan lengkap yang perlu dikemukakan kepada
Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Pemohon juga perlu membuat salinan tiga (3) set Borang
Permohonan tersebut bagi maksud:-
i. Simpanan pemohon sendiri;
ii. Simpanan Ketua Jabatan; dan
iii. Untuk tindakan Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (dikecualikan bagi pinjaman jenis I dan III
bagi harta yang dibeli dari pemaju yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan).
4.
Borang yang telah dicetak setelah menekan butang
Hantar
hendaklah dihantar ke BPP dalam masa 14 hari.
5.
Sekiranya memerlukan penerangan lanjut, sila rujuk Laman Web BPP di alamat:
http://bpp.treasury.gov.my.